Friday, December 18, 2009

Open Your Eyes by Maher Zain

Bismillah...






Look around yourselves
Can't you see this wonder
Spreaded in front of you
The clouds floating by
The skies are clear and blue
Planets in the orbits
The moon and the sun
Such perfect harmony
Let's start question in ourselves
Isnt this proof enough for us
Or are we so blind
To push it all aside
No

[Chorus]

We just have to
Open our eyes, our hearts, and minds
If we just look bright to see the signs
We cant keep hiding from the truth
Let it take us by suprise
Take us in the best way
[Allah]
Guide us every single day
[Allah]
Keep us close to you
Until the end of time

Look inside yourselves
Such a perfect order
Hiding in yourselves
Running i your veins
What about anger love and pain
And all the thing you are feeling
Can you touch them with your hand
So are they really there
Lets start question in ourselves
Isnt this proof enough for us
Or are we so blind
To push it all aside
No

[Chorus]

When a baby's born
So helpless and weak
And you are watching him growing
So why deny
Whats in front of your eyes
The biggest miracle of life

[Chorus]

You created everything
We belong to You
Ya Rabb we raised our hand
Forever we thank You

---------------------------------------

Allahu a'lam.


Best? Baca lagi..hehe...

Monday, December 14, 2009

Rempit

Bismillah...


Sakit kepala. Bukan sebab fikir masalah umat pun. Apatah lagi nak fikir kaedah pembaikpulihan. Diri sendiri pun rosak. Lidah macam laser bila bagi nasihat. Lupakah pada ayat?

"Apakah kamu menyuruh orang lain berbuat kebaikan dan kamu melupakan dirimu sendiri sedangkan kamu membaca al-Kitab." (2:44)

Selalu rasa tak layak berada di sini. Di level sekarang. Kenapa aku kat sini? Rasa nak get rid dari semua ni. Tapi susah.

"Katakanlah: Aku berlindung kepada Tuhannya manusia, Raja manusia, Sembahan manusia, dari kejahatan (bisikan) syaitan yang bersembunyi, yang membisikkan (kejahatan) ke dalam dada manusia, dari (golongan) jin dan manusia." (114:1-6)

Tension. Kepala sakit macam kena migrain. Aku pecut motor laju-laju. Aku dah tak fikir accident ke apa. Alhamdulillah sampai rumah. So, nak tido.

"Dengan nama Allah, aku hidup dan aku mati. Amin."

Best? Baca lagi..hehe...

Saturday, December 12, 2009

Terlanggar Hidayah di KMPk (Bhgn 1)

Bismillah...


Dalam lecture hall 2 KMPk. Kumpulan Kuliah 1 yang melibatkan kumpulan tutor 1 hingga 8. Aku berada dalam kumpulan tutor 7 (T07). Tak ingat dah subjek apa time tu. Tapi memang tak fokus.

"Pali, malam ni jom ikut aku", kata Sam, kawan aku.

"Pergi mana?"

"Usrah."

"Usrah? Ada usrah ke kat sini? Tak pernah dengar pun."

"Adaaa. Ramai gak yang join. Buat kat surau blok L1 aras bawah."

"Usrah ni buat camner? Sape yang handle?"

Aku masih ragu-ragu. Ini dah hujung sem 1 kat matrik ni. Tak pernah dengar pun ada usrah. Tapi memang patut pun aku tak tahu. Jarang-jarang turun surau atau masjid. Solat pun ikut suka. Dah nak dekat final exam baru la rajin sket ke surau. Maghrib isyak. Baru start nak baca al-Quran. Terbata-bata. Jenuh aku nak mengeja satu-satu. Malu gak bila malam jumaat just gerak-gerak mulut je masa baca yasin kat masjid al-maghfirah KMPk tu. Padahal tak dapat catch up dengan bacaan orang lain yang laju. Sedih-sedih...

"Ada abang dari UTP yang buat. Dalam usrah tu buat baca al-Quran, tafsir dan perbincangan pasal Islam. Kalau ko nak tanya pasal akademik pun boleh gak sebab diorang tu sume power2 gak."

"Pukul berapa malam ni?"

"Lepas maghrib. Kat surau L1."

"Ok. InsyaAllah. Dah dah. Fokus kat depan plak."

--------------------------------------------------

Malam tu lepas maghrib, aku tunggu kat surau. Ramainya orang. Budak yang jadi imam tu baca ayat mana ntah. Panjang. Suara dia pun sedap. Aku dah tak ingat nama dia. Oleh kerana surau sempit, maka perjumpaan malam tu berpindah ke bilik Peja. Masa tu aku tak kenal lagi mamat tu. Nampak macam Stephen Hawking dengan spec tebal dia. Aku ni jahat gak. Suka kutuk orang. Dalam bilik tu ada ramai orang. Aku tak tau sapa lagi rumate dia. Ramai gak kawan-kawan kuliah aku yang join. Tak pernah lak diorang ajak. Just masuk dan salam salam je. Sebab ramai sangat, kami dipecahkan kepada beberapa kumpulan. Sam dengan group lain. Aku dengan group lain. Dengan abang F. Malam tu sempat sesi ta'aruf dan tazkirah sket je. Tapi tazkirah dia menarik sebab banyak pick up ayat al-Quran dan hadis. Dan dia sebut surah brapa dan ayat mana serta riwayat hadis tu.

"Abang ni hafal Quran ke?", aku tertanya-tanya dalam hati.

"Kalau hafal Quran, kenapa masuk UTP?", aku konpius time tu. Rasa suspicious.

"Okla, minggu depan kalau boleh ana nak antum setiap sorang ada al-Quran besar macam ni sorang satu. Ana akan ajar terjemahan al-Quran secara harfiah. Ni untuk kita belajar bahasa arab supaya kita dapat faham al-Quran yang kita baca", abang F menyimpulkan tazkirah beliau.

Masa tu aku pening sket. Ana? Antum? Akh? Enta? Apa tu? Maklumla, budak sekolah harian biasa macam aku ni mana la reti. Time tu baru tahu itu bahasa arab.

"Tapi bro (abang), ana takdak duit la. Nak makan pun kena saving."

"Takpe, nanti ana beli kat enta."

-------------------------------------------------

Minggu depan aku, seperti yang telah dijanjikan, aku pun pergi ke surau tapi lambat sket sebab aku solat isyak kat bilik je. Lepas maghrib gi makan pastu tengok Akademi Fantasia dengan Rojo dan Paplew. Diorang ni budak MRSM Langkawi. Peminat setia AF. Siap AFUNDI lagi. Mujur aku tak terpengaruh. Sampai je kat surau,

"Eh! Mana ni? Takdak orang pun."

Aku try gi tengok kat bilik Peja tapi kunci. Senyap je kat ground floor time tu.

"Mane la budak-budak ni pegi? Haishh...."


Bersambung....

Best? Baca lagi..hehe...

Thursday, December 10, 2009

Hiatus - Jaulah

Bismillah...

Subhanallah. Alhamdulillah. Allahuakbar.

Susah betul hati ni untuk mengingati Allah. Bukankah dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang? Bila fikir-fikir balik, takut betul dihisab nanti. Setiap detik umur akan ditanya ke mana dihabiskan. Banyak sungguh masa terbuang kat benda-benda yang tak berfaedah. Kadang-kadang "jeles" tengok member2 yang sibuk bekerja, belajar etc. Jarang nampak diorang habiskan masa dengan main game, fesbuking, tido dll. Bukan tak try buat. Kadang-kadang tu try la buat tapi susah betul nak maintain. Baca buku 2-3 mukasurat dah boring pastu... Macam mana nak timbulkan minat? Minat membaca, belajar, tadabbur, dan benda-benda berfaedah yang lain. Banyak dan kuat sangat "tarikan" ke arah buat benda tak/kurang baguih. Kadang-kadang, blogging pun masuk dalam kategori "melalaikan" gak, bagi aku. Tanya orang sana-sini, macam mana nak capai 10 muwasofat? Rasa macam akidah dah ok tapi malas pi bersenam. Perut dah "8 bulan" tapi tak sedar-sedar gak. Nampak macam dah musaqqaful fikr tapi urusan-urusan hidup tak terjaga. Timeline planning pun tak buat. Kalau buat pun tak iltizam nak buat. Sebulan, dua bulan, 3 bulan? Lepas tu.... Kata dah mujahadah tapi masa tak terurus. Selalu datang lambat ke... Imbalance. Bila evaluate semula rasa macam takdak satu pun masuk dalam kriteria tu. Malu sungguh. Dah bertahun-tahun ditarbiyyah, dah beratus-ratus kali halaqah/usrah, berpuluh-puluh tamrin dan daurah, berkali-kali "didera" dalam mukhayyam dan rehlah. Tapi tak banyak berubah. Takkan nak bagi alasan, "Alhamdulillah, berubah gak walaupun sikit. Kan Nabi cakap, lagi bagus amal yang sedikit tapi berterusan." Ini bukan bebelan ataupun menghaban. Ini evaluasi, terutama kepada diri sendiri.

Pinjam motor Suria Perkara Hitam je gi Jaulah..Hehe..

Bila tengok junior-junior dah semakin matang dan dah pandai untuk planning sendiri, rasa jeles lagi. Cepat betul masa berlalu. Betulla kata suatu "sms", "Sekali air bah, sekali pantai berubah." Dulu diorang merangkak. Sekarang dah pandai berlari. Tak terkejar. Laju betul. Tak boleh cakap, "Wei, tunggu jap, aku letih ni." Diorang suka guna teori evolusi, "Survival of the fittest." Kalau "pakcik" tak larat, pi berehat bawah pokok. Kami lari dulu. Nanti kami amik pakcik naik van jenazah. Bagusla, kadang-kadang memikirkan diorang buat aku tersenyum sendiri. Mengingat masa-masa kecilku sendiri. Dulu aku tak tahu apa-apa. Selepas aku tahu "apa-apa", aku pernah lupa.

"Ayah ni buat-buat pandai je. Islam tak cakap camtu pun.", getusku di dalam hati.

Sekarang aku dah tahu. Mungkin lebih tahu dari mereka. Tak jarang aku memperlekehkan pendapat mereka. Pernah gak bertelagah pendapat dengan ayah. Bukan mudah nak ubah persepsi seseorang yang dah hidup hampir 70 tahun. Dah berkilo-kilo garam ditelannya. Aku mungkin baru secubit dua. Aku sekarang dah bergelar pelajar universiti. Dari segi intelektual mungkin lagi baik dari mereka. Tapi, aku dapat peluang tu. Mereka tak pernah dapat peluang tu. Mereka hanya berpeluang menghidupi aku dan adik-beradikku yang lain. Itu lebih besar dan lebih baik dari phD, MSc atau degree etc. Kadang-kadang kita yang diberi hidayah oleh Allah ini tak reti bersyukur. Kita rasa kita dah faham Islam, so kita dah jadi lebih baik dari ibubapa kita (yang tak mendapat rahmat yang sama). Allah suruh kita selamatkan diri dan keluarga daripada api neraka. Kita sibuk mengajak orang lain buat baik tapi kita abaikan keluarga sendiri. Kita tak cuba untuk memberi kefahaman kepada mereka sesuai dengan kemampuan intelektual mereka. Yela, kita kan pelajar universiti. Perlu jaga standard. Yang tak betulnya ialah tarbiyyah tak dapat mengubah diri kita. Tarbiyyah tu sifatnya muqallib (merubah). Sepatutnya lepas dapat tarbiyyah, kita semakin lembut dan baik terhadap ibubapa. Rasa nak share "iman" yang kita dapat tu dengan diorang dan adik beradik kita yang lain. Bukan untuk rasa "lagi power" dari diorang semua. Patutnya lepas dapat tarbiyyah lagi rasa humble. Sepatutnya diorang rasa suka dengan perubahan yang berlaku bukan sebaliknya. Kalau sebelum tarbiyyah tak pernah2 basuh pinggan mangkuk, lepas tarbiyyah, masa cuti sem, balik rumah jadilah rajin. Tolong sapu sampah, basuh pinggan, kain semua, jaga solat jemaah, baca al-Quran etc. Tolong diorang serba serbi.

Kalau diorang tanya dengan nada pelik, "Awat hang ni pelik sangat sejak masuk U ni? Buang tabiat nak mampos? (ayat cerita P.Ramlee).

So, jawabla dengan sopan dan santunnya, "Mak, kat U, pali (bukan nama sebenar) join usrah.

"Usrah tu apa?", mak tanya balik.

"Usrah tu macam kumpulan belajar la. Selain study sama2, kami bincang pasal Islam. Saling ingat-mengingati. Mak jangan risau, kami bukan pengganas. Lagipun, pihak universiti pun sokong program2 macam ni untuk elakkan pelajar2 terlibat dengan aktiviti2 yang tak berfaedah."

"Mak tak kisah. Asalkan anak mak jadi orang berguna."

"Baiklah mak. Hehehe...."

Banyak lagi kebaikan usrah kalau nak sebut. Yang penting tunjuk contoh yang baik tu dulu. Bukan "menunjuk" contoh yang baik. Jangan balik rumah dok tidoq ja. Makan tidoq makan tidoq. Kalau mak hangpa tau hangpa ikut usrah, konfem lepas tu dia tak bagi ikut dah. Rasanya masih on-track lagi ni.

Kadang-kadang kita terlampau dipengaruhi oleh semangat. Mungkin sebab kita selalu terprovokasi atau dicandu dengan spekulasi. Jiwa muda. Biasalah. Jangan disimbah dengan minyak, nanti makin menyala. Kalau baru-baru dapat taujih pasal COUPLE ITU HARAM, terus clash. Alhamdulillah, macam sahabat2 Rasulullah saw dapat tahu pengharaman arak atau para mukminah sahabiah ketika mendapat tahu kewajipan berjilbab. Hidayah ni misteri. Kita pun taktau bila dia datang. Tup tap tup tap, aikk! dah berubah 180 darjah. Cuma cara kita mengendalikan "semangat awal" tu perlu improve kot. Kalau nak clash/break out pun bagila penerangan yang sewajarnya agar tak terzalimi. Kita boleh berkeras dengan diri kita tapi dengan orang lain kita kena consider kemampuan dan penerimaan dia dulu. Islam ni datang dengan alternatif. Kalau nak hapuskan sesuatu, Islam akan ganti dengan benda yang lebih baik. Haram arak, minum susu. Haram couple, suruh kahwin. Haram zina, bagi poligami. Haram riba, halalkan al-bai' etc. Kita (yang mengaku sebagai dai) kena kemukakan solusi cara Islam. Baru orang nampak kesyumulan Islam. Tu mungkin dari segi alternatif yang diperlukan tapi dari segi cara menyampaikan idea pun kena betul. Kadang-kadang kita ni idealist. Jumpa orang couple terus sergah, "Hoiii!! tau dak couple tu HARAM JIDDAN!" Dah la haram, tambah jiddan plak lagi. Nak bagitau benda betul tapi cara salah. Allah nak haramkan arak pun berperingkat-peringkat. Tapi kita ni tergesa-gesa. Seolah-olah kita "nak bagi hidayah" pada orang. Aku pernah lalui dan lihat benda ni berlaku. Sedihnya, orang-orang muda yang bersemangat ni sekarang dah banyak yang f*&^#. Semoga Allah memelihara kita dan mereka.

Bukan berkhutbah, ingin betuli diri jua (lagu Alhamdulillah Too Phat). Post kali ni agak panjang sebab comprise idea-idea yang pop! triggered by pemerhatian/tafakkur semasa berjaulah ke utagha. Best gak. Balik ke rumah di Taiping seminggu pastu ke Kedah, Penang dan Perlis selama 4 hari. Then semalam sebelum balik JB singgah kat KL jap. Sempatla "mengumpul data". Kata orang, "Jauh berjalan, luas pemandangan, banyak pengalaman." Maafla kalau silap. Tak pandai sangat berbahasa. Kita boleh baca berpuluh-puluh buku atau dengar beratus-ratus ceramah tapi ianya takkan sama dengan sesaat pengalaman dan tafakkur melihat alam dan ragam manusia. Lagi best bila kita dapat lihat dan compare sendiri teori-teori kemanusiaan yang dibaca di dalam buku dengan realiti yang berlaku di sekeliling kita.

Mungkin lain kali boleh tulis dengan lebih proper lagi. Maaf jika bahasa atau apa-apa yang tak kena. Menulis apa yang terlintas di fikiran je. Semoga bermanfaat insyaAllah. Allahua'lam.

Best? Baca lagi..hehe...

Thursday, November 26, 2009

Ilmu Hadis

Bismillah...

Dah lama rasanya tak post entri berkaitan hadis. Kali ni nak share sikit berkaitan ilmu hadis yang aku baca daripada buku "Apa Itu Ilmu Hadis" tulisan Hasnan Abu Bakar yang diterbitkan oleh PTS. Baru beli 2 hari lepas. Nipis je dalam 80 mukasurat.

Kenapa perlu tahu ilmu hadis?

Persoalan ni mudah je. Pengetahuan serba sedikit pasal ilmu hadis membantu kita beramal dengan amal yang benar. Ini kerana kebanyakan amalan seharian di'extract' daripada hadis-hadis seperti solat, puasa, makan minum, tidur etc. Sebagai umat Islam, kita wajib mengambil contoh daripada Rasulullah saw dalam setiap perkara yang kita lakukan. Contoh-contoh ini hanya dapat diambil daripada al-Hadis. Pengetahuan dalam ilmu hadis juga dapat mengelakkan kita daripada kesesatan.

Buku ini menerangkan secara ringkas ilmu hadis.

Sebelum itu, kita kena memahami realiti dalam penulisan ilmu hadis. Sumber hadis adalah daripada Rasulullah saw. Kemudian disampaikan kepada para sahabat. Selepas kewafatan Rasulullah saw, para sahabat menyampaikan hadis kepada para tabi'in. Selepas berlalu zaman sahabat, para tabi'in menyampaikan hadis kepada para tabi' tabi'in. Ketika ini, kebanyakan hadis dihafal dan hanya sedikit sahaja yang menulis. Selepas zaman tabi'in, para tabi' tabi'in menyampaikan hadis kepada generasi baru. Ketika inilah ilmu hadis diperkenalkan dan hadis-hadis mula dikumpul dan dibukukan. Ini kerana, ketika ini pemalsuan hadis berlaku dan masyarakat mempersoalkan status hadis yang disampaikan oleh para sarjana Islam.

Perbezaan antara zaman ini dengan zaman Rasulullah saw sekitar 200 tahun. Jadi dalam masa ini, kebanyakan hadis hanya dihafal dan disampaikan secara lisan. Jadi, ketika sarjana-sarjana hadis ingin menulis tentang sesuatu hadis, usaha yang besar telah ditumpukan untuk memastikan kesahihan sesuatu hadis untuk diterima. Di sinilah ilmu hadis disusun.

Bagaimana status hadis dikenalpasti?

Status hadis dapat dibahagikan kepada 4 iaitu sahih, hasan, da'if (lemah) dan maudhu' (palsu). Status hadis dikenalpasti atas beberapa faktor iaitu perawi (pelapor) yang meriwayatkan hadis (akhlak, ingatan, identiti dan hubungannya dengan pelapor sebelumnya) dan susur galur (sanad) lain yang menyokong/menolak hadis pertama. Berkaitan dengan status pelapor-pelapor hadis ini, puluhan atau ratusan buku ditulis yang menerangkan secara terperinci setiap pelapor-pelapor hadis. Antaranya adalah Tarikh Damsyiq, Tarikh Baghdad dan Tarikh Al-Islam (Portege181).

Berkaitan hadis-hadis yang boleh diterima atau tidak, hanya hadis sahih, hasan dan da'if sahaja diterima dan boleh diamalkan sedangkan hadis maudhu' adalah tertolak dan haram untuk diamalkan. Begitupun, kebanyakan hadis da'if yang diterima adalah berkaitan dengan kelebihan amalan. Hadis da'if tidak boleh dijadikan hujah dan hanya boleh diamalkan secara individu. Jika hendak menyampaikan hadis da'if perlu dinyatakan statusnya.

Hadis sahih dan hasan pula hendaklah diterima dan boleh dijadikan hujah. Tetapi untuk hadis hasan, masih ada pengecualian untuk penerimaan dalam beberapa perkara akidah. Selain itu terdapat juga hadis sahih li ghairih dan hasan li ghairih. Ini bermaksud, hadis ini menjadi hadis sahih dan hasan apabila terdapat hadis lain yang mempunyai matan hadis (teks) yang bermaksud sama dan daripada susur galur (sanad) yang berbeza.

Modul penyampaian ilmu hadis ini dapat disimulasikan seperti modul telefon buruk. Namun, hakikatnya ilmu hadis lebih kompleks dan mencabar kerana lebih ramai perawi dan perbezaan masa yang besar. Antara sarjana Islam yang terkenal dalam penyusunan hadis dan ilmu hadis ialah Imam Bukhari (Sahih Bukhari), Imam Muslim (Sahih Muslim), Imam Malik (Al-Muwattha'), Imam Ahmad (Al-Musnad) dan ramai lagi.

Aplikasi hadis dalam kehidupan harian amat penting. Mengetahui status hadis yang menjadi sandaran dalam beramal juga sangat penting agar kita tidak beramal dengan sesuatu yang tidak ada dalam agama ini (Bid'ah). Selain itu, untuk memahami cara mengaplikasikan sesuatu hadis berkaitan hukum, kita perlu merujuk kepada ilmu usul fiqh dan ilmu-ilmu lain. Jadi, sekadar mengetahui status sesuatu hadis sahaja tidak cukup. Kita perlu tahu cara mengaplikasikan hadis itu dalam kehidupan seharian. Bagi para pendakwah, hadis (As-Sunnah) merupakan antara rujukan utama selain Al-Quran dalam penyampaian dalil dan argumentasi. Pengetahuan dalam ilmu hadis dapat menjaga diri daripada menyampaikan sesuatu perkara yang tidak benar.

Sekadar itu sahaja ulasan buku ini. Untuk mengetahui lebih lanjut bolehlah membeli buku ini dengan harga RM9.00 di mana-mana kedai buku atau membaca buku-buku lain seperti Al-Hadis wal Mustholah Hadis (ada dalam library kecil aku tapi bahasa jawi) atau terus bertanya kepada asatizah, masyayeikh, du'at, murobbi, mu'allim etc. Mohon maaf atas segala kekurangan (^_^").

Allahua'lam.

Best? Baca lagi..hehe...
Template by - paley_11 | Daya Earth Blogger Template